Pages

Sunday, August 14, 2011

Entri 1


Hari yang agak memenatkan. Kerja lebih dari biasa, 8 jam. Selalunya 4 je. Tambah-tambah puasa ni jadi makin lemah pulak. Pening asyik tengok pelanggan. Sekarang, tengah menghitung hari akan berhenti kerja dekat Anakku 21 haribulan ogos ni. Dalam gembira-gembira bakal dapat sahur, puasa, berbuka kat rumah nanti ni sebenarnya terasa sedih jugak pulak. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku kutip kat Anakku. Macam mana nak bukak tutup stroller. Beza antara stroller dengan buggy. Nak pasang playpen. Jenis breast pump. Ada manual ada elektrik. Benkung, bedung semua. Saiz baju infant, toddler. Senang kata, banyak sangat lah ilmu. Paling seronok dapat kenal kawan-kawan kat Anakku. Kak Yati, kak Mala, Khaty, Ila, kak Ayu dan tak lupa bos aku kak Su. Oh ada jugak kak Ros, Salwa, Farah, Mas. Aku harap aku tak akan lupa kat diorang ni.


pengalaman...

Banyak jugaklah aku serve customer-customer kaya. Ada yang baik, ada yang boleh tahan dan ada (banyak kot) yang memang menguji kesabaran. Biasalah, banyak udang banyak garam. Banyak orang banyak ragam. Kalau serve customer yang taklah kaya sangat pun susah jugak. Penat nak meyakinkan customer jenis nih. Hihi.

Saat happy bila aku dapat jual barang bulky. Setelah penat demonstration semua bagai, customer beli. seronok sangat.

Saat happy jugak bila ada orang beli hamper yang aku buat. Happy sampai rasa dunia ni indah-indah belaka. Yes, exagerate je tu.

Saat duka bila tak dapat pergi ke reunion taayah. Ceritanya begini. Malam khamis hari rabu aku dah chating-chating dengan farhana, kamaliah & aisyah. Memang cadang nak pergi. Punya la last minute. Waktu tu aku ingat hari jumaat aku syif petang pukul 6-10. Khamis cuti.

Pada pagi hening dikala bersahur, aku beritahu parent aku nak pergi ipoh pagi khamis tu. Mak ayah aku terkejut. Mengigau ke anak aku nih? dan aku terus cakap ada reunion kat taayah supaya mak ayah aku tahu aku tak mengigau pun. Parent aku walaupun kasi, tapi sebenarnya tak berapa berkenan. Then, outofnowhere poof* aku teringat aku dah tukar syif hari jumaat dengan kawan ku ila dari 6 tu jadi pukol 2 awal-awal dulu. Jadi, camne sempat ke aku nak balik shah alam before pukul 2 nanti?selepas mesej-mesej dengan cik athirah, akhirnya diputuskan next time jelah pergi.

Akan tetapi, sadisnya
bila dah decide tak pergi dan bersenang-lenang di rumah tiba-tiba pada malam jumaat hari khamis aku dapat panggilan daripada cik khaty yang dia pulak nak tukar syif dengan aku. So aku kembali kepada asal hari jumaat syif pukul 6.
Ok, ruginya tak pergi reunion. Frust.

5 comments:

Unknown said...

alolo...sweetnya...jeles la kt hg,blh demo2 lg kan..cewah :D thniah2,nnti leh demo kt suami hg nnti cara2 nk bukak brg baby...

x pyh sedih la,ade masa kita jumpa lg ye,insyaAllah ;)
ujianNya tu..

cik nasihah said...

haha nnt sume aku pasang sendiri je.senang ;)
hmm taun dpn wat la lg..teringin aku nak berbuka puasa kat taayah sama2 korang.
and..thanks & tahniah jd aku punye 1st follower =D

Anonymous said...

cess tak pasal2 ak jadi no 2 .huhuhuhuhu

eh sihah, mesti bnyk duit kan .. haha pqah2 ..jomm2 kikis duit die~

cik nasihah said...

hehe ak lpe nak taruk link aku kat chat aritu..klo x mmg hg la jd org 1st maliah =)
sori la wit ak dh abis beli bju rye ;)

Anonymous said...

hehe .. jgn riso lah .. main2 je .. :D
sukenye hg dh ade belog ..update2 laa selalu cam pqah ...
jgn jdi cam ak ... average sebulan 1 je entri .. heeee

Post a Comment