Hari ini buat dua entri. Rasa kagum pulak dengan diri sendiri ;)

Ini novel paling baru aku baca. Ceritanya agak menarik dan aku rasa realistik berbanding novel cintan-cintun yang bukan-bukan hala je. Secara ringkasnya, cerita ni mengisahkan tentang Misa yang mudah jatuh cinta pada lelaki terutamanya yang berwatakan baik, alim, ulama' wal wara'..well, sape yang tak suka kan?
Misa dipertemukan dengan empat jejaka ; Fadhil, Bilal, Ustaz Mustaqim dan juga Irfan. Dalam mencari cinta manusia, Misa sedar sebelum mencintai Adam seharusnya dia mencintai diri sendiri. Harus mencintai Allah. Dari free hair berubah ke selendang. Berubah lagi dan lagi ke arah lebih baik dan akhirnya transformasi ke tudung labuh litup menutupi punggung. Sungguh laa aku kagum.
Berlatarkan luarnegara iaitu US, aku terasa macam ala-ala novel Hlovate pulak. Oversea tu buat aku rasa macam bersemangat. Seronoknya kalau aku dapat belajar kat oversea tapi rasa macam tak mampu.
Walaupun novel ni gaya bahasanya santai macam Hlovate tapi aku rasa bahasanya lagi senang faham kalau nak di bandingkan dengan Hlovate. Rasa macam intelligent sangat bahasa yang Hlovate guna.
Sinopsis, latar, gaya bahasa dah aku kupas. Dah macam boleh jadikan buku ni novel komsas pulak.
Jadi konklusinya, buku ni BEST.
Credit to Syamimi sebab memperkenalkan buku ni kat aku =D
