Pages

Thursday, January 17, 2013

Entri 16

HI MYSELF,

Dah lama tak bukak blog ini sejak-sejak blog ini telah diketahui oleh NURJANNAH AHMAD KAMIL (HAHA kamu stalk lagi ye?). Alah tak heran sebab nasib baik tak cerita yang bukan-bukan sangat.

Jadi, untuk hari ini nak cerita la sikit pasal dah habis baca buku 'Syed Mokhtar Albukhary-A Biography'. Dah lama habis baca, cuma tak berkesempatan nak tulis dalam blog. Busy sgt konon. Hari-hari lepas kerja balik rumah pun tidur awal. Punya la tak remaja.

Dari sekolah Taayah dulu lagi aku tertanya-tanya siapa Syed Mokhtar Al-Bukhary ni (Yayasan Al-Bukhary). Baik beno bagi kamus tebal Inggeris-Melayu, setiap kelas dapat pulak tu. Tahu la sikit-sikit pasal beliau lepas tu. Tak silap orang yang ketiga terkaya di Malaysia (tahun bila tak tahu), business apa beliau buat pun I tak tau. Dah berapa tahun yang dulu baru laaa ni dapat tahu lebih lanjut mengenai beliau bila baca buku ni. Buku ni terjumpa kat MPH Bookstore kat SACC Mall aritu dengan harga cuma RM19.90 sahaja.  Nasib baik la murah juga, kalau tak memang tak beli la sebab memang kedekut - mungkin instead beli buku tu aku tanya Mr know-It-All a.k.a Gugel. Sangat la kurang reliable punya source kan.

Buku ini memang menarik. Sarat dengan ilmu. Aku tak mampu nak habiskan pembacaan dalam masa sehari sebab bila baca tu kena fikir-fikir sikit. Buku pulak dalam bahasa Inggeris. Rasa sangat intelligent or going to be bila baca buku ni. This book can surely inspire someone not only for a business person but also as a muslim

Dari buku ni, aku dapat tahu beliau berasal dari keluarga yang kurang berada. Tapi atas usaha beliau yang cekal & gigih, beliau menjadi seorang businessman yang berjaya. Amat berjaya. Kejayaan beliau tidak menjadikan beliau sombong. Banyak kerja-kerja kebajikan sosial yang beliau sumbangkan dan antaranya yang sekolah aku dapat tu - kamus tebal Melayu-Inggeris. Itu baru sikit aje, banyak kerja amal lain. Pendek kata beliau sangat pemurah & humble pulak tu. Senang cerita, baca sendiri kalau nak tahu ye. Dalam buku ni banyak la cerita pasal business-business yag aku sendiri tak pandai nak cerita. Pasal beras trading, Pernas, DRB-HICOM, Port Tg Pelepas, Proton, pasal Dasar Ekonomi baru oh macam-macam.

"Whenever I do charity, my heart moves. It is not about corporate social responsibility. It is about caring, something that comes from the heart. My wish is that people with money will help those less fortunate so that the world is more just and fair to all"

-Syed Mokhtar Al-Bukhary-

Author: Premilla Mohanlall

We need more people like him, isn't it?

  

Sunday, December 16, 2012

Entri 15

Dia Yang Istimewa
(Tajuk perlulah novel)

Oh Ex-rumet..ingat tak benda alah ni kau bagi kat aku? Rindu sangat kat kau sampai aku belek-belek balik surat-surat kau bagi kat aku. Sekali baca macam surat cinta pulak!. Aku syak kau cedok je ayat dari buku ujang/gila-gila/hypes/gempak ke apa yang kau suka baca tu. Apa-apapun happy birthday yang ke 22 pada 16 Disember 2012 ni (ok sori lambat sejam sikit wish)!!!Ingatlah, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk solat lambat. Sempena hari tua kau ni, aku mendoakan kau semoga kau panjang umor murah rejeki dan jangan lupa kat aku. Aku teringat zaman kejar-kejar kita dulu. Semoga kau cepat matured. Haha. Sayang kau ketat-ketat (bahasa zaman sekarang sangat)-_-.

LoTs oF LoveS FRoM

Nasihah Kamil

Thursday, June 28, 2012

Entri 14


Girls day out with Geng Blast


Maka dengan ini tamatlah pengajianku selama 3 tahun di UKM. Rasa sedih berbaur gembira nampaknya. Gembira sebab malas nak belajar dah, sedih sebab tinggalkan kawan-kawan, takut sebab nak mula alam pekerjaan dan menghadapi dunia sebenar. O' Allah Please give me kekuatan

Tiba2 teringat kt 'dia'. Haha. Gone for good. Teringat kat mereka. Oh suka duka di UKM.

Sesungguhnya, pertolongan dari Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk. Aku rasa sangat terharu sebab ada dua lelaki india atau bangla atau myanmar  tolong aku angkut beg aku yang sangat berat tadi.  Beg tu amatla berat dia angkat sebelah tangan je. Macho sungguh. Nasib baik tak tergoda. Rasa-rasanya ini antara faktor perempuan melayu terpikat kat lelaki foreigner agaknya. Adoi, apasal la korang gentleman sangat? Pernah kat dalam komuter, mat-mat arab bagi tempat duduk kat aku, kakak dgn adik aku. Padahal, kitorang bukan bawa beg besar ke ape. Tempat yang sama dalam komuter, koc bukan wanita, penuh lelaki melayu duduk. Takde sorang pun offer aku ngan akak aku tempat duduk. Kitorang dahla bawa beg besar dan berat gila. Bukannya kitoarang anggap nak ngorat ke kalau offer tempat duduk. Kalau nak ngorat pun apa salahnya. *tetibe*

Oh merapunya. Thank you.







Saturday, April 21, 2012

Entri 13


Perkenalkan saya punya 1st anak sedara.. Aakif Iman~ 




semoga cepat baik dari demam kuning dan menjadi anak yang soleh hendaknya.

From Mak Tam with love (emoticon: love2)

Entri 12




Kuatkan Hati
Tebalkan Muka
Lebarkan Senyumanmu

and you'll be just fine my dear... =' )

Thursday, March 22, 2012

Entri 11

say NO to proscrastinate. Yes I am buying this book, not finish yet and I am stuck doing molecular biology homework on 2.42 a.m which overdue tomorrow which had been given two weeks before. How irony...

Monday, March 12, 2012

Entri 10




"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini?
Ya Rabb, ampunilah daku
untuk setiap pandangan yang tak terjaga
untuk iman yang tak terpelihara
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab.

Ya Rabb, Engkaulah yang mengawasi kami setiap detik
kerana kasih sayang-Mu Ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga"