Pages

Wednesday, February 29, 2012

Entri 9

Hari ini adalah diisytiharkan sebagai hari ceramah sedunia. Bukan hari ini aje, tapi pada tiap-tiap hari rabu untuk satu semester ini oke. Dua kelas iaitu sejarah dan falsafah sains pada pukul 8 pagi selama 2 jam dan isu-isu ekonomi pada pukul 5 petang selama 2 jam juga (oh terbaliklah, ekonomi belah pagi). Can you believe it? gap punya panjang. Nak tidur balik lepas subuh pun tak boleh. Terpaksa mendisiplinkan diri walaupun pagi tadi agak terbabas. Lepas kelas pagi pergi makan. Pastu takkan nak sambung tidur pulak, jadi untuk hari ini terasa diri ini agak bagus la jugak sebab telah berjaya menghabiskan lagi satu novel English.

Me and Mr Darcy.

You know what, I like this book although it is quite cheesy and aww...hopeless romantic the heroine. How can it not be, as the novel revolve around Jane Austen story book of Pride & Prejudice. Oh I very very like. As if you know what I'm talking about,duh. Well, I don't have the intention to give even slightest synopsis more as it will be too bothersome to me. The heroine Emily while the hero is Spike. That's it.


Ahh by the way, I like this quote:

"To you shall I say, Do not be in hurry, the right man will come at last." -Jane Austen




Tuesday, February 14, 2012

Entri 8


Kisah Doktor yang dianggap Durjana (Di petik dari FB 'Jom Kuatkan Iman Kita')

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang?kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang ni?kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke?"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu. Dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya"

"bertenang kamu kata?! kalau anak kamu berada dalam bilik tu skrang ni, bolehkah kamu bertenang?kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat?" kata si ayah dgn marah.

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tak mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu"

"memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang!" gumam si ayah.

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam. Tidak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.

"alhamdulillah. Anak anda selamat!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan, kamu boleh tanya jururawat"

"kenapa doktor tu sombong sangat?! tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya?!"komen si ayah selepas melihat jururawat.

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya"

Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through..........