bismillah...
Petang tadi aku dah berjaya menghabiskan membaca lagi sebuah novel. Tajuknya Andai Bavaria Takdirku.. Walaupun patutnya aku kena siapkan tutorial biokimia dan math tapi macam biasala *sigh. Keje tangguh lagi la nampaknya.
Buku yang aku pinjam dari cik mimi ni memang menarik. Aku cuma ambil masa dalam sehari je habiskan. Punye la minat. Nak tau tak cite ni pasal apa? taknak tau pun nak bagitau jugak by the way...

Aisya,seorang wanita berkelulusan & berjawatan tinggi telah jatuh cinta kepada seorang lelaki Jerman. Mereka akhirnya bernikah kerana mereka memang saling cinta mencintai dan sanggup bersama miski berbeza agama, bangsa dan budaya. Olaf, lelaki Jerman tersebut telah memeluk Islam setelah yakin dengan Islam dan mula mepelajari dan mempraktik menjadi seorang muslim.
Setelah berkahwin, Olaf membawa Aisya kembali ke tanah airnya di Jerman. Ternyata, berkahwin dengan orang yang berbeza negara dan tentunya budaya bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula, penduduk Islam di sana adalah golongan minoriti. Ada juga segelintir membenci Islam kerana menganggap orang Islam adalah pengganas dan kejam seperti yang di gemburkan pihak media yang berat sebelah.
Ibu Olaf sendiri kecewa kerana Olaf mengambil keputusan meninggalkan agama kristian dan memilih Islam. Disebabkan itu, ibu Olaf agak dingin dengan Aisya.
Serentak Aisya mengandung, ibu olaf berlembut hati memberi izin Olaf mengambil semula anaknya Thomas yang dijaga sejak Olaf mula bekerja di Malaysia dahulu. Terasa hidupnya begitu sempurna, Olaf bernazar bahawa dia akan membantu orang Islam lain yang dalam kesusahan.
Setelah lahir anak mereka dan diberikan nama maximillian, Olaf segera ingin menunaikan nazarnya. Olaf mimilih untuk menjadi sukarelawan ke Palestin dalam misi bantuan keamanan membantu pembinaan sekolah di sana. Tidak tersangka bahawa Olaf yang sepatutnya hanya ke sana selama dua minggu tidak pulang-pulang. Berita buruk sampai bahawa kapal yang di naiki Olaf telah dirampas oleh Zionis.
Bermulalah kehidupan Aisya berseorangan menempuh dugaan menanggung hidup di Jerman yang begitu asing baginya. Aisya perlu kuat tambahan dia perlu menjaga Thomas, Maximillian dan juga anak dalam kandungannya.
Novel yang berlatarkan kampung pedalaman di Obermichelbach, Bavaria Jerman ni banyak menggambarkan keindahan di bumi sana. Perkataan-perkataan Jerman aku rasa sangat susah sebutannya. Aku rasa bernasib baik tak ambil bahasa Jerman dulu.huh, kalau tak..berbelit lidah nak nyebut. French lagi senang kot. Bonjour~



